• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Pencemaran Diesel Sungai Selangor Ditahan

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Dua lelaki yang merupakan pengusaha pontun dan pekerjanya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor yang mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua individu berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan serentak di pontun terbabit di Kuala Selangor dan direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Setakat ini lebih daripada 10 keterangan telah direkodkan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang bekerjasama dengan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) untuk tindakan selanjutnya,” katanya pada satu sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan 2019 di sini, hari ini.

Menurut Noor Azam, pihaknya juga menolak kemungkinan terdapatnya elemen gangsterisme berhubung kejadian tersebut.

“Tidak timbul isu elemen gangsterisme kerana kawasan ini mempunyai tiga jalan ke sana di mana salah satunya dikawal oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),” katanya.

Tags: Gangguan Bekalan Airpencemaran dieselsungai selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd