• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najis Burung Merpati Tiada Kaitan Gangguan Kesihatan – KKM

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan pencemaran najis burung merpati mungkin antara faktor sampingan menyebabkan insiden gangguan kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memberi analisa dan mengemas kini hasil dapatan daripada kejadian pencemaran itu.

“Kita kembali apa yang kami sebutkan, tanpa mengganggu (menghalang) sesiapa pun untuk berikan komen dan pandangan mereka.

“Jadi pandangan kami sehingga hari ini, kita tidak mendapati (pencemaran ini ada kaitan dengan najis burung). Fenomena ini kami akan terus pantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kurangkan Gula, Hidup Sihat anjuran sebuah pasar raya di Subang Jaya hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar ketika tinjauannya dua hari lepas, berkata kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan insiden murid SK Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang turut berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan sembilan kes baharu sesak nafas dilaporkan di Pasir Gudang membabitkan lapan pelajar dan seorang guru dari empat sekolah termasuk di SK Tanjung Puteri Resort, yang dirawat sebagai pesakit luar.

Dr. Dzulkefly berkata pihaknya turut melibatkan sebuah jawatankuasa pakar bebas untuk menyiasat serta mendapatkan analisa dan dapatan yang pelbagai berhubung insiden pencemaran tersebut.

“Kita akan membandingkan hasil dapatan mereka dengan pihak kita. Ia bergantung kepada secepat mana mereka lakukan dan saya jangka hasil dapatan mereka akan siap hujung bulan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pasukan forensik KKM akan merumuskan punca kematian 12 Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Kelantan, pada hari ini.

“Hari ini pasukan forensik akan mengadakan mesyuarat dalaman dan hasil keputusan akan dirumuskan,” katanya dan menambah bahawa hasil laporan bedah siasat itu akan diumumkan kepada khalayak dalam tempoh terdekat.

Beliau turut memberitahu akan mengambil maklum hasil laporan ujian daripada Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Steven Chow berhubung kewujudan kandungan bahan pencemar dan toksik dalam sampel sumber air diambil daripada sekitar kampung berkenaan.

Baru-baru ini, FPMPAM menghantar sampel untuk ujian di tiga makmal bebas yang mendapati sampel dari Sungai Pertang di Kampung Kuala Koh, yang menjadi sumber utama air untuk masyarakat Orang Asli itu tidak sesuai digunakan, melainkan dirawat dengan baik.

Tags: Dzulkefly AhmadKKMnajis burung merpatipasir gudangpencemaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd