• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Pencemaran Pasir Gudang Bukan Sengaja Dilewatkan

oleh
25/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil laporan analisa pencemaran udara di Pasir Gudang bukan ‘sengaja’ dilewatkan, jelas Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majlis.

Tegasnya, kajian mengenai perkara itu masih berjalan sehingga kini bagi mendapat keputusan dan hasil laporan yang lebih menyeluruh dan terperinci.

“Kita tidak dapat mengetahui punca pencemaran di Pasir Gudang sehingga sekarang, bukan seperti pencemaran Sungai Kim Kim yang kita tahu punca.

“Antara langkah dijalankan ialah kajian berkaitan ‘loading analysis’ (analisis beban) dan ‘carrying capacity’ (kapasiti tampungan) untuk menentukan kapasiti bawaan udara di Pasir Gudang bagi mengurangkan risiko pencemaran udara,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambalan Senator Datuk Ong Chong Swen yang ingin tahu mengapa kerajaan masih memerlukan masa sehingga enam minggu dari tarikh lantikan jawatan kuasa teknikal dan saintifik kajian analisis beban dan kapasiti tampungan dilantik 15 Julai lepas untuk mengeluarkan laporan awal.

Pada 20 Jun lepas, 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar, Pasir Gudang didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas selepas terdedah dengan pencemaran udara di kawasan berkenaan.

Kejadian itu menyusul hanya kira-kira tiga bulan selepas kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik yang menjejaskan hampir 6,000 penduduk.

Mengulas lanjut, Isnaraissah berkata, hasil kajian bersepadu itu juga kemudian akan dijadikan panduan bagi menghadapi insiden sama sekiranya berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata, setakat semalam, MESTECC telah melaksanakan 6,300 set cerapan udara yang dilakukan setiap hari dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membendung masalah pencemaran.

“Sementara itu, sehingga 12 Julai, sebanyak 255 premis industri diperiksa dengan 136 kompaun dikeluarkan, 11 premis diberi penahanan operasi manakala tiga syor tindakan mahkamah dilakukan,” katanya. 

Tags: pasir gudangpencemaransungai kim kim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd