• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyamun Berparang Samun 8 Sekeluarga

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LANGAT – Lapan ahli keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki tiga penyamun bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di Bandar Saujana Putra di sini malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.41 malam apabila kesemua mangsa berusia 12 hingga 70 sedang berehat di ruang tamu dan meja makan rumah tersebut. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati terdapat enam penjenayah dengan menaiki sebuah kenderaan telah berhenti di luar rumah mangsa. 

Katanya, tiga daripada suspek tersebut dengan bersenjatakan parang telah memanjat tembok pagar rumah tersebut sebelum memasuki ruang tamu kediaman berkenaan. 

“Ketiga-tiga penjenayah itu telah bertindak mengikat tujuh daripada mangsa di dalam bilik bawah rumah berkenaan.

“Manakala, seorang wanita telah dibawa ke bilik di atas sebelum suspek bertindak merampas barangan berharga termasuk barang kemas dengan nilai kerugian RM30,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Beliau menjelaskan kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum mereka berjaya menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran bagi menghubungi pihak polis. 

Jelas Azizan, siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan cap jari berikutan suspek memakai sarung tangan. 

“Usaha mengesan kesemua suspek sedang dijalankan dan meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung berkaitan kejadian tersebut supaya menghubungi pihak polis,” katanya. 

Terdahulu, kejadian jenayah itu tular di media sosial menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan keadaan mangsa dan tindakan penjenayah terhadap kelapan-lapan mangsa tersebut. – K! ONLINE

Tags: penyamunrakaman cctvSamun Bersenjata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

Rakaman CCTV Penjenayah Pecah Masuk Kediaman Sebelum Ditembak Mati Tular

14/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan empat penyamun memasuki sebuah rumah di Desa Vista, di Sepang sebelum tiga daripada mereka ditembak...

Rakaman CCTV Hotel, Laporan Forensik Kes Lelaki Israel Akan Diserah 30 Julai

Rakaman CCTV Hotel, Laporan Forensik Kes Lelaki Israel Akan Diserah 30 Julai

28/06/2024
0

Kuala Lumpur : Pasukan pendakwaan terhadap kes lelaki Israel yang berdepan dua tuduhan memiliki 200 peluru dan memperdagangkan enam pucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd