• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Airports Akan Kutip RM41.5 Juta Tunggakan PSC AirAsia

oleh
24/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airports Holdings Bhd. akan mengambil langkah untuk mengutip tunggakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang perlu dibayar kepadanya daripada AirAsia Bhd. dan AirAsia X Bhd., seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Julai.

Katanya, anggaran nilai yang perlu dikutip adalah RM41.5 juta, terdiri daripada perbezaan PSC sebelumnya dan semasa bagi penumpang antarabangsa bukan ASEAN serta caj pembayaran lewat.

“Kami telah berulang kali menjelaskan bahawa caj PSC tidak diputuskan atau dikenakan oleh pihak kami, Malaysia Airports tetapi ia ditetapkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan kerajaan.

“Tanggung jawab kami adalah melaksanakan caj PSC seperti diwartakan oleh MAVCOM. Adalah penting untuk menegaskan bahawa saman sivil Malaysia Airports terhadap AirAsia bertumpu pada kegagalan AirAsia untuk membuat pembayaran kadar PSC seperti ditetapkan oleh MAVCOM,” kata pengendali lapangan terbang itu dalam kenyataan hari ini.

Malaysia Airports berkata, dalam mengendalikan operasi dan menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia, ia bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan dan kemudahan di semua lapangan terbang diselenggarakan pada tahap optimum untuk syarikat penerbangan dan juga penumpang.

Jumlah aliran penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( kod IATA: KUL) mencecah 60 juta penumpang pada tahun lepas dan terdapat lebih 60 syarikat penerbangan beroperasi di KUL ketika ini.

“Bagi mengekalkan piawaian dan amalan saksama di lapangan terbang untuk semua syarikat penerbangan, Malaysia Airports telah mewujudkan Syarat Penggunaan (COU) yang menggariskan kontrak seragam bagi hubungan antara lapangan terbang dan semua syarikat penerbangan yang menggunakan perkhidmatan di KUL, serta syarat bagi penggunaan lapangan terbang termasuk perkara berkaitan perkhidmatan, kemudahan, caj, pematuhan dan keselamatan.

“Ia merupakan norma dan amalan industri bagi COU untuk berperanan sebagai kontrak standard dan seragam kerana pengendali lapangan terbang tidak boleh dijangkakan untuk memeterai kontrak spesifik-syarikat penerbangan dengan setiap syarikat penerbangan yang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan di lapangan terbang itu,” kata Malaysia Airports.

Katanya, COU diterima oleh industri sebagai wadah untuk menguatkuasakan peraturan yang mengikat penggunaan lapangan terbang secara menyeluruh selaras dengan layanan adil terhadap semua syarikat penerbangan.

AirAsia Group Bhd., bagi pihak unit AirAsia Bhd., dan AirAsia X Bhd. pada minggu lepas mengumumkan mereka akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua syarikat membayar sejumlah RM40.73 juta bagi PSC yang tidak dibayar kepada Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MA Sepang) serta gabungan caj bayaran lewat yang tidak dibayar berjumlah RM792,382.

Malaysia Airports, dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, berkata walaupun akan mengemukakan rayuan, AirAsia tetap bertanggungjawab untuk membuat bayaran penuh seperti diperintahkan dalam penghakiman itu kepada unitnya, MA Sepang.

Tags: AirAsiacaj perkhidmatan penumpangMalaysia Airports
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd