• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kesalahan TNB Kini Di Jabaran Peguam Negara

oleh
23/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Kertas siasatan berhubung kesalahan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam insiden bil pengguna melambung pada Mei lepas sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk maklum balas, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.

“Kertas siasatan telah disiapkan dua minggu selepas insiden kenaikan bil pengguna TNB berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Low Carbon Cities 2030 Challenge di Greentech Malaysia di sini hari ini.

Pada Mei lepas, sebahagian pengguna TNB mengadu bil elektrik masing-masing melambung berlipat kali ganda berbanding jumlah yang lazim dibayar setiap bulan.

Susulan itu, Bee Yin dilaporkan berkata TNB ada melakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

TNB pada 31 Mei juga mengakui berlaku gangguan dalam sistem pengebilan mereka yang menyebabkan segelintir pengguna menerima bil yang tinggi.

Ditanya jumlah penalti yang bakal dikenakan ke atas TNB, Bee Yin berkata: “Kita (kementerian) hendakkan (penalti) tinggi. Tengoklah macam mana.”

Tags: Bil Elektrikjabatan peguam negaraTNBYeo Bee Yin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

Dakwaan Ugutan Jenayah Babit Azam Baki Dikategorikan ‘Tiada Tindakan Lanjut’

10/06/2026
0

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) akan diambil terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd