• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Siasat Taib Mahmud, Mahu Lebih Banyak Maklumat

oleh
22/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud yang sejak sekian lama dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah masih berjalan.

“Kita tidak boleh memberi komen mengenai siasatan yang masih berjalan,” katanya kepada pemberita di pinggir satu bengkel mengenai hak milik bermanfaat di sini hari ini.

Katanya beliau juga belum bertemu ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii yang sebelum ini berjanji mahu bertemu SPRM untuk membincangkan siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak itu yang mengetuai kerajaan negeri dari 1981 hingga 2014.

Latheefa berkata, walaupun ketua persuruhjaya SPRM tidak akan bertemu dengan pengadu secara langsung, tetapi beliau memberi jaminan agensi itu akan memproses maklumat yang diterima.

“Jika ada aduan, jika orang ramai ada maklumat atau aduan, mereka sangat dialu-alukan untuk datang atau menghantarnya kepada kami. Kami akan menghantarnya ke jabatan siasatan.”

Dalam pada itu, beliau menggesa ahli Parlimen supaya menyelaraskan undang-undang berkaitan hak milik bermanfaat dan meletakkannya di bawah SPRM.

Beliau berkata, undang-undang hak milik bermanfaat diperlukan kerana banyak pihak menggunakan proksi bagi mengelakkan siasatan rasuah.

“Kita ada beberapa kes, bila kita siasat, kita dapati pemilik kenderaan tertentu misalnya adalah pemandu, sedangkan kita tahu beliau tidak mampu memilikinya.

“Kita perlu pastikan undang-undang yang ada mencukupi untuk menyokong siasatan yang dijalankan. Jika undang-undang itu diletakkan di bawah SPRM, penguatkuasaannya akan menjadi lebih berkesan.

“Kita ada undang-undang (di bawah Akta Syarikat dan Akta Anti Pengubahan Wang), tetapi ia tidak diletakkan di bawah SPRM.

“Kita ada pelbagai akta yang membolehkan pelbagai agensi memastikan wujudnya pendaftaran, misalnya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Mereka harus pastikan pendaftaran itu dikemas kini, dan jika gagal akan didenda dan sebagainya.

“Sama ada ia mencukupi atau kita hanya perlu tambah rujukan kepada akta SPRM atau kita perlukan peruntukan baru, kita perlu lihat (keadaan).” – FMT

Tags: Abdul Taib MahmudLatheefa KoyasarawakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd