• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firman Pula Dakwa Hadiah Berlian GV4 Palsu

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Indonesia Firman Siagian mendakwa subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu.

Firman, 40, berkata, barang kemas bernilai RM30,000 itu adalah hadiah selaku pemenang tempat kelima program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang berlangsung pada Disember 2017.

Menurutnya, dia mulai meragui ketulenan barangan kemas itu selepas menonton berita mengenai tuntutan dibuat juara program itu, Aishah tahun lalu.

“Sekitar Mac tahun lalu, saya ajak isteri ke pusat beli-belah di Bandung. Kebetulan ternampak kedai emas dan tergerak hati untuk pergi bertanya nilai barangan itu jika ingin dijual.

“Apabila saya menunjukkan subang itu, perkara pertama ditanya pekerja kedai emas adalah sijil subang berlian itu.

“Saya beritahu tak ada sebab ia adalah hadiah daripada pertandingan nyanyian. Disebabkan itu, mereka tidak boleh periksa,” katanya kepada Harian Metro.

Namun katanya, dia tetap bertanya sama ada ia tulen atau tidak dan mereka menjawab tidak boleh dipastikan selagi tidak melihat sijil menyebabkan mereka berfikiran positif saja.

“Hinggalah saya tertengok berita di YouTube mengenai dakwaan dibuat Aishah pada Ogos 2018, saya terus tak sedap hati. Saya tanya pada isteri, adakah subang berlian kita juga palsu?” katanya.

Menurut Firman yang popular menerusi lagu Kehilangan, hatinya kuat mengatakan subang berlian itu adalah palsu selepas mendapat tahu Aishah berjaya mendapat ganti rugi daripada tuntutan dibuat.

“Semalam, saya menonton di YouTube yang mana Aishah dapat ganti rugi. Itu menguatkan lagi keyakinan saya mengatakan subang berlian yang diberikan pada saya juga palsu.

“Saya terus menghantar mesej WhatsApp kepada Vida bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini, namun tidak berbalas. Tapi, saya takkan berhenti dan tetap akan berjuang seperti mana dilakukan Aishah.

“Saya juga merancang untuk pergi periksa sekali lagi. Sekiranya, betul palsu, saya akan membuat tuntutan, sebab ia adalah hak kita,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Janji Manismu itu berjaya mendapatkan tuntutan dibuat menerusi sesi mediasi kedua belah pihak pada 1 Julai lalu.

Aishah berjaya menuntut ganti rugi barangan kemas bernilai RM80,000 iaitu sama nilai dengan hadiah yang diberikan pada malam final program itu. – myMetro Online

Tags: berlianDatuk Seri Vidafirman siagianGegar Vaganza 4
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nelson Mandela Kecewa Tak Dapat Bebaskan Anwar

Next Post

Dakwaan Wan Ji Dipukul, Siasatan Di Peringkat Akhir

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Dakwaan Wan Ji Dipukul, Siasatan Di Peringkat Akhir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd