• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas 20 Tahun, Filem Shahrukh Khan & Kajol Terus Ditayang

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka, selepas lebih dua dekad ditayangkan di panggung wayang, sebuah filem masih mendapat permintaan untuk ditonton. Memang menakjubkan!

Inilah yang berlaku terhadap salah satu naskah paling popular yang masih mendapat permintaan ramai penduduk India iaitu filem lakonan pelakon terkenal Datuk Shahrukh Khan dan Kajol bertajuk Dilwale Dulhania Le Jayenge (DDLJ).

Menurut laporan satu portal antarabangsa, BBC News, panggung wayang di Mumbai telah menarik kembali notis menghentikan tayangan filem berkenaan setelah ia mendapat bantahan ramai pihak.

_81111277_81111276

Sebelum ini, notis berhubung pemberhentian tayangan filem tersebut dibuat oleh Yash Raj Films, syarikat yang menerbitkan DDLJ setelah ia tidak mendatangkan keuntungan kepada pihaknya kerana jumlah penonton mula berkurangan.

Berdasarkan kenyataan dari pemilik panggung Maratha Mandir, pihaknya menerima ratusan panggilan dalam tempoh dua jam setelah notis berkenaan dikeluarkan.

“Selepas meletakkan pengumuman tersebut di luar panggung pada Selasa minggu lalu, kami menerima lebih 230 panggilan dalam masa dua jam daripada penonton yang tidak berpuas hati,”kata pemilik panggung itu, Manoj Desai.

2435471253_df20c87718_o

“Kami bukan sahaja menerima panggilan dari Mumbai malah dari Delhi dan Ahmedabad. Kami juga menerima panggilan dari sebuah stesen radio di Dubai – Mereka berkata setiap kali warganegaranya datang ke India, mereka pasti akan menonton filem tersebut.

“Sememangnya kami tidak menjangkakan bakal menerima reaksi sebegini.”

Akibat dari ‘kekecewaan’ ramai penonton, syarikat penerbitan DDLJ menukar keputusannya untuk meneruskan tayangan filem tersebut.

Namun demikian, demi menjana kembali keuntungan, kedua-dua pihak iaitu penerbit dan panggung wayang bertindak merencanakan beberapa strategi seperti menukar waktu tayangan dan meningkatkan harga tiket.

ddlj

Filem tersebut mencipta rekod apabila mengungguli carta dengan jumlah keseluruhan tayangan yang berlanjutan selama 1,009 minggu tanpa henti. Ia mula menemui penonton di pawagam Oktober 1995.

Nah, itulah penangan bagi karya yang digilai peminat seluruh dunia, kan? Lain pula senario filem Malaysia, minggu pertama tayangan lagi sudah ada ura-ura nak dihentikan kerana kutipan tak memberangsangkan.

Nasiblah ada Skim Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh FINAS, dapat jugalah filem tersebut kekal di panggung selama 14 hari walaupun tak ada penonton.

– MYNEWSHUB.CC

Salah Satu Lagu Dalam Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge

Tags: bollywoodFILEMShah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd