• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Istiadat Pertabalan Agong Lambang Maruah Negara

oleh
19/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini merupakan lambang kepada maruah negara yang sekali gus meletakkan institusi diraja pada tahap paling tinggi.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz berkata istiadat itu yang merupakan penghormatan kepada institusi diraja turut mencerminkan kekayaan adat resam, budaya dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan dihormati.

“Ia (istiadat pertabalan) menunjukkan tradisi kita sebagai sebuah negara dan bagaimana kita mengangkat institusi diraja sebagai sesuatu yang sangat dekat di hati kita.

“Ia mengangkat maruah negara khususnya bagaimana istiadat itu berlangsung dengan penuh tertib dan teratur dan menunjukkan bahawa kita mempunyai istiadat tersendiri berbanding negara-negara lain sehinggakan beberapa perkara kecil pun turut dipandang tinggi,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam ini.

Sementara itu, Shamrahayu berkata rakyat perlu sentiasa menanam perasaan sayang dan mengidolakan institusi diraja sebagai sebuah institusi yang memelihara keharmonian dan kedaulatan negara serta perpaduan rakyat.

Beliau berkata perasaan rakyat terhadap institusi diraja adalah lambang patriotisme kerana ia merupakan sebahagian daripada ciri-ciri bangsa Malaysia, selain sistem pendidikan yang perlu terus memainkan peranan.

“Kita juga harus memperkemaskan pendidikan tidak formal dan pada masa ini kita berdepan dengan cabaran penggunaan media sosial yang mana institusi diraja turut terkesan dengannya.

“Apabila kita dapat menanamkan perasaan jati diri dalam generasi muda khususnya kita boleh mengelakkan isu-isu yang timbul di media sosial,” katanya.

Sementara itu, Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini yang turut menjadi tetamu program itu berkongsi lima acara sampingan sempena Istiadat Pertabalan itu.

Ia merangkumi majlis bacaan Yaasin, doa selamat dan solat hajat pada 25 Julai di Masjid Negara; Majlis Santapan Diraja di Istana Negara pada 31 Julai; serta lawatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras pada 1 Ogos.

“Pada 2 Ogos akan diadakan Khutbah Khas dan Solat Jumaat iaitu Yang di-Pertuan Agong akan berangkat ke Masjid Putra di Putrajaya. Khutbah Khas ini akan dibacakan di seluruh masjid di Wilayah Persekutuan dan di negeri-negeri di mana Baginda menjadi ketua agama.

“Sesuatu yang saya fikir sangat positif juga apabila beberapa Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja telah menitah berkenan supaya teks yang sama dibacakan di negeri-negeri Baginda,” katanya.

Selain itu, Azuan Effendy berkata pada 5 Ogos akan diadakan perasmian Pameran Raja Kita yang bakal memaparkan koleksi peribadi Al-Sultan Abdullah seperti kad pengenalan dan gambar-gambar lama Baginda. 

Tags: Al-Sultan AbdullahIstiadat PertabalanYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

21/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang...

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd