• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Perceraian Sultan Kelantan, Bimbang Agenda Tersembunyi

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri bimbang laporan muka hadapan sebuah akhbar Bahasa Inggeris hari ini mengenai ‘perceraian’ Sultan Muhammmad V dengan seorang wanita Rusia mempunyai agenda tersembunyi.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau hairan isu tersebut dijadikan tajuk muka hadapan dan laporan utama akhbar terbabit sedangkan katanya soal nikah cerai adalah perkara lumrah dalam kehidupan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sendiri tidak pernah menerima sebarang maklumat rasmi daripada Istana Kelantan sama ada mengenai perceraian mahupun perkahwinan baginda itu malah tidak berhasrat untuk bertanya pihak istana mengenainya.

“Saya sendiri tertanya-tanya apa tujuan bila tengok muka hadapan akhbar itu, bila isu ini dijadikan tajuk besar akhbar dengan laporan penuh muka hadapan, kahwin cerai ini perkara biasa dalam hidup, kenapa yang ini jadi (berita) muka hadapan?

“Kita bimbang takut ada agenda tersembunyi jadi tak eloklah, sebab kita bercakap tentang seorang Sultan. Sultan ini dia macam mak dan ayah kita jadi kena hormatlah, macam kita hormat Perdana Menteri.

“Kita tidak setuju itu cerita lain tetapi penghormatan kena ada, kita boleh tidak setuju dengan sesiapa pun, dengan mak ayah kita sekali pun tetapi hormat itu mesti ada,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan laporan muka hadapan mengenai Sultan Muhammad V yang didakwa telah menceraikan ‘isterinya’ yang berasal dari Rusia dengan cerai talak tiga.

Dalam pada itu, Mohd Amar berkata, pihak kerajaan negeri belum menerima sebarang arahan untuk bertindak ke atas mana-mana individu yang menyalahguna pakai gelaran dari istana.

Semalam Pengelola Istana, Datuk Nik Mohd. Shafriman Nik Hassan melalui satu kenyatan berkata, tidak ada sesiapa boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan. – K! ONLINE

Tags: PerceraianSultan KelantanSultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

Polis Siasat Individu Sebar Maklumat Palsu Dakwa Sultan Kelantan Meninggal Dunia

13/07/2025
0

KOTA BHARU: Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd