• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebihan Bayaran, Jumlah Pampasan TSGP Belum Muktamad

oleh
17/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah pampasan dan sebarang lebihan bayaran bagi projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) masih belum dimuktamadkan.

Ini kerana, sesi rundingan antara entiti komersial kedua-dua negara, iaitu syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dengan kontraktor projek iaitu China Petroleum Pipeline Bureau dan pembiaya projek iaitu China EXIM Bank masih dijalankan.

“Memandangkan sesi rundingan masih berjalan, jumlah pampasan dan sebarang lebihan bayaran yang telah dibuat masih belum dapat dimuktamadkan.

“Sebaik sahaja ia dimuktamadkan, Jabatan Peguam Negara akan mengesyorkan langkah terbaik bagi menuntut sebarang lebihan bayaran,” kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlin Chan Foong Hin (DAP-Kota Kinabalu) yang bertanya apakah usaha kerajaan dalam menuntut kembali RM3.54 bilion setelah TSGP dibatalkan dan apakah rancangan alternatif Kerajaan bagi menjana kuasa di Pantai Timur Sabah.

Jelas Guan Eng, pada masa yang sama, rundingan antara Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Jabatan Peguam Negara dan wakil Kementerian berkaitan dengan Kerajaan China turut berlangsung bagi memastikan kepentingan dan hubungan erat antara kedua-dua negara terus kekal utuh.

Dalam hal ini, pasukan rundingan telah diberi mandat untuk merunding terma, pampasan dan syarat pembatalan kontrak dan pinjaman berdasarkan prinsip bayaran ke atas kos kerja yang telah siap.

Walau bagaimanapun, segala tawaran adalah tertakluk kepada pengesahan atau due diligence bagi menentukan kos sebenar yang ditanggung dan sebarang kos yang telah komited.

Guan Eng memberitahu, kerajaan menyedari terdapat situasi ketidakseimbangan dalam permintaan dan penawaran bekalan elektrik di pantai barat dan pantai timur Sabah.

Bagi menanganinya, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kerajaan Negeri Sabah sedang dalam proses memuktamadkan Pelan Pembangunan Penjanaan bagi Pantai Timur Sabah.

Tags: ChinaLim Guan EngSSERTSGP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd