• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Seks: Siasatan Menyeluruh Termasuk Penglibatan ADUN

oleh
16/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU LANGAT – Polis akan menyiasat setiap aspek termasuk pembabitan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa mendalangi penyebaran video seks membabitkan bekas Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK) Santubong, Muhammad Haziq Abdul Aziz dengan seorang yang mirip menteri kanan Kabinet.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, kes tersebut amat rumit kerana melibatkan politik dan sebagainya.

Menurutnya, pihak polis sentiasa berhati-hati dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan kerana tidak mahu ada pihak yang teraniaya.

“Kita mengambil tindakan secara berterusan dan menyiasat dari semua aspek. Buat masa ini, kita telah kemukakan kertas siasatan kepada Jabatan peguam Negara untuk arahan seterusnya dan proses itu dibuat banyak kali.

“Siasatan ini tidak boleh selesai dalam masa yang singkat jadi beri kita masa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 231 pegawai dan anggota di Batalion 4, Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Komander Briged Tengah PGA, Muhammad Abdul Halim.

Ketika ditanya adakah akan ada tangkapan lain selain enam suspek termasuk Muhammad Haziq yang direman semalam, Abdul Hamid memaklumkan setakat ini tiada tangkapan baharu akan dilakukan.

“Setakat ini, itu saja yang ditangkap. Kita sedang jalankan proses soal siasat dan tindakan seterusnya bergantung kepada hasil soal siasat,” jelasnya.

Semalam, media melaporkan enam individu termasuk Muhammad Haziq direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.

Tags: adunHaziq AzizSeks Luar Tabiivideo semburit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Pemimpin BN Johor Persoal Siapa Arah Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) Johor tampil mempersoalkan siapakah pihak yang mengarahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri...

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

“Kau Nak Cakap Aku Lemah, Lembik… Tak Kisahlah” – Marina

01/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan pendekatan politik yang diamalkannya dalam menyelesaikan masalah rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd