• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 3 Juta Pengguna Alami Gangguan Bekalan Air

oleh
16/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lebih tiga juta pengguna di tujuh daerah di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 23 Julai depan.

Kesemua daerah itu melibatkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor selain Kuala Lumpur.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, penutupan bekalan air itu bagi memberi laluan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan pada jam 9 pagi 23 Julai ini.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja tersebut sejajar dengan matlamat bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya.

“Oleh itu beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

Jelasnya, sebanyak 15 pusat khidmat setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi, 25 Julai ini.

“Pengguna boleh semak kawasan, dapatkan maklumat gangguan serta status terkini dengan memuat turun aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’ di Google Play atau App Store.

“Maklumat juga boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my atau hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019- 2800919 atau 019-281679 untuk pertanyaan dan bantuan,” katanya.

Difahamkan satu sidang akhbar berkaitannya akan diadakan pukul 2.30 petang di Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Tags: air selangorGangguan Bekalan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd