• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dulu Ada Kuasa Semuanya ‘Ok’ Bos, Kata Najib

oleh
13/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan beberapa hikmah kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), yang antara lainnya ialah rakyat dapat menilai sejauh mana kesetiaan serta semangat perjuangan seseorang pemimpin itu apabila parti itu tidak berkuasa.

Katanya, malah agak sukar untuk beliau menilai semua itu ketika menjadi Perdana Menteri dahulu dan hari ini, apabila hilang kuasa, sifat sebenar segelintir pemimpin tersebut mula terserlah.

“Mungkin waktu saya jadi Perdana Menteri sukar hendak menilai kerana apabila ada kuasa semuanya ‘ok’ bos, semuanya hormat bos. Kadang-kala belum sempat habis ayat (membuat sesuatu keputusan), setuju bos…

“Apabila tiada kuasa hari ini, kita dapat lihat siapa sebenarnya pejuang, siapa yang berani lawan, siapa yang lari bawa katil,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob.

Baru-baru ini, timbul pelbagai reaksi mengenai pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN iaitu antaranya Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menganggap ia satu langkah ke belakang dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin pula mengakui tidak gembira mendengar berita tersebut.

Kata Najib lagi, pemimpin UMNO perlu berpakat dengan baik kerana perjuangan parti bukannya untuk menjatuhkan sesama sendiri.

“Apabila terdengar ada kata-kata sumbang (pelantikan Pengerusi Lembaga Penasihat BN), ukurlah baju di badan sendiri, MT (Majlis Tertinggi UMNO) pun tidak berani bertanding, hendak tegur orang lain,” katanya.

Sementara itu, Najib menjelaskan antara hikmah lain kekalahan BN dalam pilihan raya lalu adalah rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan sejauh mana prestasi menteri yang ada pada hari ini.

“Dulu, semasa menjadi pembangkang cukup hebat. Hari ini bila jadi menteri, menteri ‘cap ayam’ belaka.

“Selepas itu, bila kalah, kita sedar bahawa umat Islam, orang Melayu dan agama Islam akan terus terancam jika kedua-dua parti politik yang mewakili Islam ini (UMNO dan PAS) tidak bersama. Jadi, lahirlah ta’awun antara PAS dan UMNO yang bakal menjadi senjata paling ampuh untuk kita bersama kembali merampas Putrajaya dalam PRU-15,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Barisan NasionalNajib Tun RazakUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd