• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ugutan Terhadap KPN Tidak Boleh Dipandang Ringan

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Yayasan Pengaman Malaysia berpendirian bahawa ugutan bunuh oleh kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak boleh dipandang ringan.

Pengerusinya, Tan Sri Norian Mai berkata, pihak berkuasa wajar menangani ugutan terhadap KPN mengikut peruntukan undang-undang negara dan mengambil kira perkembangan yang mungkin berlaku kelak.

“Yayasan menyokong apa sahaja tindakan polis dalam menangani kes ini termasuk mendakwa AMAD jika ada bukti,” katanya kepada pemberita selepas menerima memorandum Persatuan Pesara Polis Perlis yang diserahkan pengerusinya, DSP(B) Hassan Othman untuk diserahkan kepada pihak berkuasa di sini, hari ini.

Sebelum menyerahkan memorandum itu Hassan membacakan kandungannya yang meminta Kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap AMAD kerana perbuatan mereka disifatkan melampau dan mengancam nyawa.

Video berdurasi 1.27 minit itu mengugut untuk membunuh Khalid dimuat naik di laman YouTube, turut menunjukkan kumpulan itu membakar kereta mainan menggunakan pemetik api dan disusuli bunyi letupan kuat.

Norian yang merupakan bekas KPN menyifatkan pendirian tegas Khalid yang tidak takut terhadap ugutan itu sebagai sifat sejati pegawai polis.

“Sejarah perjuangan polis menunjukkan ancaman semacam ini bukan perkara baru yang dihadapi pegawai kanan polis. Jadi setiap pegawai kanan perlu bersedia sepanjang masa menghadapinya.

“Undang-undang negara mesti dihormati dan dipatuhi. Dalam proses demokrasi tiada sesiapa boleh memaksa orang lain menerima pandangan mereka,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=q0JIZ4diy78

Tags: Kes Ugutkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd