• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Wong Saman Fitnah Siti Kasim RM2 Juta

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung mengambil tindakan saman fitnah berjumlah RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini.

Saman fitnah itu dinyatakan oleh Firdaus menerusi Facebook rasminya pagi ini berhubung kenyataan Siti Kasim yang berbaur fitnah dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian…Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. Insya Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2 juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya dalam Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang.

“Zaman kita berdiam diri dan diserang bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu serang dengan ilmiah serta tindakan undang-undang. Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” katanya dalam laman media sosial itu di sini pagi ini.

Siti Kasim sebelum ini menolak pelawaan berdebat secara langsung di tempat terbuka bersama Firdaus dengan kos perbelanjaan debat itu akan dikongsi oleh kedua-dua pihak serta dicadangkan untuk disiarkan secara langsung dalam platform media yang dipersetujui bersama.

Bagaimanapun, debat yang dirancang dengan tiga tajuk yang sudah dikemukakan itu hanya dipersetujui oleh Siti Kasim sekiranya diadakan secara FB Live sahaja kerana beliau tidak berhasrat untuk membazirkan wang untuk membayar kos penganjuran tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tags: Firdaus WongSaman Fitnahsiti kasim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

Mengapa Tidak Buat Kenyataan Siasat Laporan Kewangan Kuil Haram? – Firdaus Wong

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengapa tidak buat kenyataan minta siasat kuil haram dan laporan kewangan setiap kuil haram? Demikian persoalan dibangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd