• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Nigeria Mati Dalam Depot Tahanan Imigresen

oleh
12/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pelajar Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya yang berasal dari Nigeria mati dalam Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil dekat sini.

Difahamkan pelajar tersebut ditahan dalam satu operasi imigresen di kediamannya di Kondominium Desa Aman Puri, Kepong dua minggu lalu.

Menurut laman Twitter Universiti Lim Kok Wing, pelajar itu dikenali sebagai Orhions Ewansiha Thomas yang berusia 34 tahun.

Beliau merupakan pelajar PhD dalam bidang pengurusan.

Sementara itu, satu notis telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan Universiti Lim Kok Wing memaklum bahawa semua kelas di universiti itu pada hari ini dibatalkan.

Notis itu menyebut, kelas-kelas akan berjalan seperti biasa pada hari Isnin ini.

Tiada sebarang alasan diberikan tetapi difahamkan ia mungkin ada kaitan dengan kekecohan ekoran kematian Thomas.

Dalam pada itu, sumber daripada Universiti Lim Kok Wing mengesahkan tentang kematian pelajar berkenaan namun tidak dapat memberikan butiran lengkap berhubung kematian itu.

“Kami mengesahkan kematian Thomas tetapi setakat ini tiada sebarang maklumat lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Difahamkan, Jabatan Imigresen akan mengeluarkan kenyataan berhubung kematian itu dalam waktu terdekat.

Tags: NigeriaPelajar Asingtahanan imigresenuniversiti lim kok wing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Superman’ Kecundang Di LPT Kini Diburu Polis Trafik

Ramasamy Saman Zakir Naik, Dakwa Difitnah Pada Ceramah Di Nigeria

27/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy mengemukakan saman terhadap pendakwah bebas dari India, Dr...

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

Lebih 100 Orang Diculik Lelaki Bersenjata Di Nigeria

23/11/2022
0

ABUJA – Lebih 100 orang termasuk wanita dan kanak-kanak telah diculik apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu empat buah kampung di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd