• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Kaji Semula Pelantikan Rania Zara Medina

oleh
11/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Tiada keperluan untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula pelantikan Rania Zara Medina sebagai anggota Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pelantikan itu dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan berdasarkan amalan pelantikan sejak daripada zaman pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Yang pasti cara lantikan adalah daripada amalan sejak zaman berzaman daripada pentadbiran dahulu dan semuanya melalui proses yang sama jadi tidak perlu apa-apa kajian.

“Ini kerana pelantikan dibuat dengan mematuhi segala peraturan. Nama calon yang ingin dilantik boleh dicadangkan dan kita boleh mempertimbangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini hari ini.

Pelantikan Rania Zara Medina yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Trans Woman 2017 sebagai ahli CCM mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan beberapa pihak yang menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye yang juga pengerusi CCM dilaporkan berkata, sebagai keperluan Global Fund anggota CCM terdiri daripada 25 orang yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.

Populasi sasar ini termasuk Transgender, Men-sex-with-men, Female sex worker, ‘People who use drug’ dan People Living With HIV/AIDS (PLHIV).

CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.

Tags: CCMDzulkefly AhmadKKMRania Zara Medinatransgender
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd