• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Diminta Bantu Myanmar Capai Demokrasi – Syed Hamid

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Negara- negara anggota ASEAN, yang turut mengganggotai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), diminta terus memainkan peranan aktif dalam membantu Myanmar mencapai demokrasinya.

Ini termasuk menyumbang kepada penyelesaian pelbagai isu termasuk ketegangan kaum antara masyarakat Rohingya Islam dan Buddha, kata Duta Khas OIC ke Myanmar Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata tiga negara ASEAN yang juga menganggotai OIC itu iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei mempunyai kekuatan tersendiri dalam memainkan peranan masing-masing berhubung usaha itu.

“Kita mainkan peranan itu bukan untuk memaksa tetapi untuk memastikan suara kemanusiaan di Myanmar dapat diambil kira dan diiktiraf kerana ini bukan sahaja soal politik, agama dan perkauman malah soal kemanusiaan.

“Selain itu, kita juga berharap proses demokrasi ini kerap dibincangkan di media, tidak kira dalam atau luar negara supaya kita berhasil mempengaruhi kerajaan Myanmar untuk menjamin pembentukan demokrasi,” kata bekas Menteri Luar itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Antarabangsa mengenai ‘Masa Depan Demokrasi di Myanmar-Nasib Minoriti Yang Tertindas’ di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai hari ini.

Seramai 150 peserta dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Thailand dan Myanmar menyertai persidangan sehari itu, yang mengupas isu kaum minoriti di Myanmar.

Syed Hamid, yang memegang jawatan Duta Khas itu sejak Mei tahun lepas, berkata di peringkat OIC pula, walaupun ada cadangan untuk membuka sebuah pejabat di Myanmar namun, masanya belum sesuai untuk merealisasikannya.

“Pun begitu, kita akan terus bekerjasama dengan mereka supaya bantuan kemanusiaan yang diberi pelbagai negara dapat disalurkan kepada masyarakat Myanmar bukan sahaja untuk orang Islam Rohingya malah meliputi kawasan-kawasan penganut Buddha,” katanya.

Myanmar, yang dianggarkan mempunyai 53 juta penduduk, bakal mengadakan pilihan raya umumnya pada penghujung tahun ini. – BERNAMA

Tags: ASEAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

JDT Kelab No.1 ASEAN, Kini Ke-10 Terbaik Asia

23/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengukuhkan reputasi sebagai kuasa bola sepak serantau apabila disenaraikan sebagai kelab terbaik...

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd