• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Mohon Tangguh Kes 1MDB Ditolak, Perbicaraan 19 Ogos

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perbicaran pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB akan diadakan dari 19 Ogos hingga 14 November, susulan penolakan permohonan kerajaan untuk penangguhan memandangkan kes SRC International sedang berlangsung yang mana bekas perdana menteri berdepan 7 pertuduhan jenayah.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah berkata beliau menolak permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas kerana ia adalah permintaan ke-3 untuk menangguhkan kes 1MDB.

“Permohonan itu ditolak dan perbicaraan 1MDB akan diteruskan seperti yang dijadualkan,” katanya.

Kes SRC International dijadualkan berlangsung sehingga 15 Ogos. Pihak pendakwaan memanggil 42 saksi setakat ini.

Dalam prosiding terakhir di depan Sequerah pada 21 Jun, Thomas berkata pihak pendakwaan mempunyai 20 lagi saksi untuk dipanggil sebelum ia boleh menutup kesnya.

“Perbicaraan SRC berjalan lebih perlahan daripada jangkaan kita,” katanya, dengan menambah perbicaraan kes 1MDB patut ditangguhkan ke 1 Oktober.

Najib berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa September lepas berkait dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun AmBank milik beliau.

Beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM2.28 bilion pada Februari 2011 dan Disember 2014.

Beliau juga dikatakan memindahkan dana haram sebanyak RM2.28 bilion itu ke akuan bank beliau dan kemudiannya menggunakan wang tersebut.

Dalam kes SRC International, beliau dituduh menyalahgunakan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah. – FMT

Tags: 1MDBNajib Tun RazakTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd