• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Oksana Dedah Kisah Lamaran Sultan Muhammad V

oleh
07/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra menceritakan lamaran Sultan Muhammad V dalam perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

Oksana tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila Sultan Muhammad V meluahkan perasaannya.

“Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

“Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” katanya.

Oksana turut menceritakan selepas pertemuan pertama, beliau dan Sultan Muhammad V meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari.

“Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Rusia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk bekerja sama dengan syarikat tersebut,” katanya.

Oksana memaklumkan menurut kontrak beliau terpaksa berpindah ke New York.

“Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya,” katanya.

Menurutnya, beliau dan keluarganya terpesona apabila melihat sendiri negara ini.

“Saya telah jatuh cinta dengan Malaysia,” katanya. – Sinar Harian

Tags: lamaranRihana Oksana PetraSultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rihana Oksana Dedah Wajah Tengku Ismail Leon

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Kontroversi perkahwinan Rihana Oksana dengan Sultan Kelantan terus berpanjangan apabila bekas isteri Sultan Muhammad V mendedahkan wajah...

Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya Di Mahkamah Rusia

11/10/2019
0

PETALING JAYA - Pertikaian mengenai bapa biologi anak lelaki Rihana Oksana Gorbaenko akan diputuskan oleh sebuah mahkamah di Moscow, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd