• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Kadir Pertahan PH Jual Aset Negara Gagal Yakinkan Rakyat

oleh
06/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendakwa tindakan penasihat media dan komunikasi perdana menteri, A Kadir Jasin mempertahankan kerajaan Pakatan Harapan menjual aset Khazanah gagal meyakinkan warga internet beliau tidak berbohong.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini berdasarkan kecaman pengguna internet terhadap catatan bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu di Facebook semalam.

Beliau merujuk tindakan Kadir menyangkal artikel pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdul Muein Abadi mendakwa kerajaan PH menjual aset berjumlah RM20 bilion sejak memerintah negara selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Semalam, Kadir berkata, Khazanah menjual asetnya setiap tahun dan di bawah pemerintahan Barisan Nasional, aset berjumlah RM45.3 bilion dijual Khazanah sejak 2009 hingga 2017.

Hari ini, Najib mempersoalkan jika Kadir ialah penasihat media dan komunikasi perdana menteri atau tentera siber susulan reaksinya terhadap komen pengguna Facebook.

“Mula-mula saya ragu bahawa yang buat komen-komen ini adalah akaun palsu yang menyamar Pak Kadir.

“Tapi bila saya klik nama, memang tuan rumah FB itu yang memberi komen-komen itu.

“Sebenarnya, dia ni penasihat media dan komunikasi PM ke-7 atau ‘Cybertrooper’?” soalnya dalam catatan Facebook hari ini.

Terdahulu, Kadir hari ini mendakwa kerajaan PH terpaksa menjual aset negara, termasuk Hotel Royale Chulan di Bukit Bintang milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera dijual kepada syarikat Singapura, kerana timbunan “najis” kewangan yang ditinggalkan kerajaan pimpinan Najib. – FMT

Tags: A Kadir Jasinaset negaraNajib Tun Razakpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd