• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tommy Bantah Dakwaan Harvinderjit Tandatangan Dipalsukan

oleh
03/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketika peguam bela, Harvinderjit Singh meneruskan soal balas saksi berkaitan surat arahan dokumen SRC International Sdn. Bhd. yang berkemungkinan telah dipalsukan, Peguam Negara, Tommy Thomas bingkas bangkit membantah.

Tandatangan tersebut didakwa dipalsukan bagi meluluskan pemindahan wang bernilai jutaan ringgit yang melibatkan akaun anak syarikat SRC International iaitu Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd.

Harvindejit menunjukan enam dokumen surat arahan yang ditandatangani bekas pengarah bukan eksekutif SRC International, Datuk Suboh Md Yassin dan mendakwa tandatangan tersebut telah dipalsukan.

Tommy bangkit membantah dengan menyatakan ia belum terbukti lagi, malah mungkin ada penjelasan lain tentang perbezaan tandatangan tersebut.

Suboh memberi gambaran salah satu daripada enam tandatangan itu berbeza dan seperti telah ‘diringkaskan’.

Harvinderjit kemudian menyambung soal balas dengan bertanyakan tentang laporan audit SRC International untuk 31 Mac 2012 dan 2013 yang mempunyai tandatangan Suboh selain menyoal penglibatannya dalam proses audit itu.

Bagaimanapun Suboh mendakwa beliau tidak berapa ingat ada menandatangani laporan audit dan bersetuju dengan pandangan Harviderjit bahawa beliau tidak menandatangani laporan itu kerana berjawatan pengarah bukan eksekutif.

“Jika saya tandatangan sekalipun, semuanya bergantung kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Nik Faisal Ariff Kamil yang mempunyai kuasa utama,” kata Suboh.

Semalam, Suboh mengakui sampel tandatangan itu tidak serupa dengan tandatangan pada dokumen, termasuk arahan kepada AmIslamic Bank, untuk pemindahan wang dari SRC International kepada Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. – MalaysiaGazette

Tags: harvinderjit singhSRC InternationalTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

Selepas Enam Tahun Melarikan Diri, Suspek Skandal 1MDB Dan SRC International Dicekup

05/05/2023
0

Kuala Lumpur : Suspek skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dicekup di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd