• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Nafi Polis Cuba Tutup Kes Video Seks

oleh
02/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menegaskan siasatan pihaknya terhadap kes video seks yang dikaitkan dengan seorang lelaki mirip menteri Kabinet adalah telus.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya polis sedang berusaha menutup kes berkenaan.

“Proses siasatan ini sedang berjalan, tidak sebagaimana gambaran kononnya ada unsur hendak tutup itu dan ini,” katanya pada wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Bukit Aman, Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Abdul Hamid berkata, siasatan video berkenaan masih berjalan dan memandangkan kes tersebut agak rumit, beliau tidak tidak memberi apa-apa tekanan kepada pasukan penyiasat.

“Saya juga tidak mendapat apa-apa tekanan pun daripada sesiapa termasuk dari Putrajaya.

“Kita berinteraksi dengan Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan panduan-panduan yang diberikan kepada kami untuk tindakan yang perlu mereka ambil,” katanya.

Abdul Hamid menegaskan kes tersebut perlu disiasat secara menyeluruh kerana jika tidak ia boleh merosakkan masa depan orang lain.

“Mungkin ada orang ambil tindakan konspirasi jahat untuk aibkan seseorang. Itu adalah satu kesalahan dan kita siasat hal itu,” katanya.

Abdul Hamid memberitahu, dalam apa juga kes yang menarik perhatian masyarakat memang menjadi hasrat polis untuk selesaikan seberapa segera.

“Jadi, biar siasatan dijalankan dengan adil. Saya tak mahu ambil tindakan sewenang-wenangnya, sesuka hati atau secara semberono dengan menangkap orang sesuka hati,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hamid BadorKetua Polis NegaraSeks Luar Tabiivideo seks
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd