• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nombor Plat ‘TMJ’ Ditanya Di Parlimen

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari pertama mesyuarat kedua Parlimen tahun 2019 hari ini dijangka hangat dengan pelbagai isu termasuk satu soalan kepada Kementerian Pengangkutan berhubung sama ada nombor plat ‘TMJ’ telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai pendaftaran kenderaan yang sah.

Soalan tersebut dikemukakan oleh Pang Hok Liong (PH-Labis) yang meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada nombor plat ‘TMJ’ dan ‘RZ’ telah didaftarkan dengan pihak JPJ sebagai pendaftaran kenderaan yang sah oleh mana-mana pihak.

Menurut soalan itu lagi, sekiranya tidak, sama ada kenderaan-kenderaan yang mempunyai nombor plat itu dibenarkan di atas jalan raya.

Berdasarkan kandungan Aturan Urusan Mesyuarat 1 Julai 2019 yang boleh diakses menerusi laman web Parlimen, soalan berkenaan bernombor 40 dan kebiasaannya soalan itu tidak sempat dijawab dalam sesi jawab lisan dan hanya diberikan berbentuk bertulis.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Port Dickson akan mengemukakan soalan pertama dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

Beliau akan melontarkan soalan kepada Perdana Menteri untuk menyatakan kesan dan peningkatan yang telah dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji (TH) setelah perubahan tampuk pengurusan tertinggi dan langkah penjimatan yang telah diambil sejak Mei 2018.

Selain itu, di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri terdapat usul bahawa sesuai dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan, semua Ahli Dewan Rakyat hendaklah mengisytiharkan harta mereka termasuk isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam Akuan Berkanun sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Bahawa Akuan Berkanun tersebut hendaklah dikemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh usul ini disetujukan dan disalinkan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dan bahawa senarai nama Ahli Dewan Rakyat yang telah mengisytiharkan harta hendaklah dipaparkan dalam portal SPRM dan hanya butiran pengisytiharan harta Ahli Dewan Rakyat tersebut sahaja yang akan dipaparkan di portal tersebut selama tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan Akuan Berkanun oleh SPRM,” menurut kandungan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Selain itu, Ahli Parlimen Sandakan daripada DAP mewakili Pakatan Harapan (PH), Vivian Wong Shir Yee akan mengangkat sumpah pada awal sesi selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen tersebut pada Mei lalu. – UTUSAN ONLINE

Tags: nombor platParlimenTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd