• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita UMNO Sambut Baik Zahid Kembali Bertugas

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah menamatkan percutian beliau hari ini dan kembali menjalankan tugas sebagai presiden parti.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, selaku presiden yang dipilih beliau mempunyai hak untuk menentukan tempoh bercuti yang dikehendaki.

“Kita (Wanita UMNO) menerima keputusan presiden (Ahmad Zahid) untuk kembali bertugas.

“Lagipun semasa umum bercuti, beliau tidak memaklumkan tempoh dan masa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dipilih sebagai Presiden UMNO untuk tempoh 2021 selepas memenangi pemilihan yang diadakan tahun lalu itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri hari ini yang telah menamatkan percutiannya dan meneruskan semula tugas sebagai Presiden UMNO ketika berucap pada Majlis Aidilfitri Bagan Datuk, Perak semalam.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan bercuti daripada menjalankan tugas pada 18 Disember tahun lalu ketika desakan agar beliau meletakkan jawatan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya. – Sinar Harian

Tags: Ahmad Zahid Hamidinoraini ahmadUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd