• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Suami A.Aida Dibebas Dengan Jaminan Polis

oleh
28/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG JAYA – Bekas suami kepada penerbit terkenal, Datuk A.Aida telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerja sama berhubung siasatan kes kehilangan wang pelaburan milik wanita itu yang berjumlah RM213,805.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 30 tahun itu dibuat pada 24 Jun lalu ketika pelakon tersebut hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) untuk memberikan keterangan berhubung kes berkenaan.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ampang ketika dia hadir memberi keterangan berhubung kes yang dilaporkan.

“Kami turut merampas satu unit telefon bimbit milik suspek bagi menjalankan siasatan lanjut namun lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah keterangan percakapan diambil dan rampasan dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemiliki syarikat A.Aida Production itu pada 21 Jun lalu mengaitkan bekas suaminya, Ariff Aziz dengan kejadian kehilangan wang pelaburan matawang berjumlah lebih RM200,000.

Aida, 49, berkata, kehilangan wang tersebut hanya disedarinya selepas pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang telah dilakukan sebanyak dua kali.

“Tiada komen lanjut dan saya serahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. 

Tags: A. AIDAJaminan Poliskehilangan wang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Namewee Keluar Dari IPD Dang Wangi, Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

13/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penyanyi, Namewee dibebaskan dengan jaminan polis hari ini dengan siasatan kematian pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh Yu-hsin,...

Fahmi Reza Dihantar Pulang Dari Sabah Malam Tadi

Fahmi Reza Dihantar Pulang Dari Sabah Malam Tadi

01/01/2025
0

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, dihantar pulang ke Kuala Lumpur selepas dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd