• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tolak Dakwaan Rasuah Libatkan Azmin

oleh
26/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menolak dakwaan terdapat kes rasuah melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, ia ekoran tidak wujud transaksi sedemikian malah akaun yang ditularkan juga tidak wujud sama sekali.

“Akaun dan transaksi itu tidak wujud.

“Satu lagi akaun bank yang dikatakan dibuka pada 2012 juga tidak wujud,” katanya ketika ditanya siasatan SPRM ke atas dakwaan RM3 juta yang dipindahkan ke akaun bank luar negara seorang menteri kanan.

Azam juga berkata dakwaan sebuah syarikat kejuruteraan pernah memindahkan AS$741,440 (kira-kira RM3.1 juta) ke satu akaun bank milik seorang menteri juga tidak dikesan.

Malah perkara sama turut pernah dimaklumkan sendiri oleh UEM Group Berhad (UEM Group) dan Maybank sebelum ini.

“Malah dakwaan mengenai kewujudan satu akaun pada 2012 juga kami turut siasat dan mendapati ia tidak wujud,” katanya lagi.

Pada 11 Jun lalu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membuat laporan kepada SPRM berhubung pemindahan kira-kira RM3 juta daripada sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka tempatan ke akaun bank seorang menteri kanan pada 19 Disember 2017, selepas beberapa tangkap layar berhubung transaksi itu mula tersebar di media sosial.

Tags: MaybankMohamed Azmin AliSPRMuem group berhad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd