• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pedulikan Sindiran Mahathir, Perkukuh Kerjasama UMNO-PAS

oleh AK-47
25/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sindiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik, hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Katanya, ini gambaran kebimbangan beliau dengan kerjasama yang mampu menggugat Pakatan Harapan (PH).

“Justeru, saya fikir jangan dihirau kenyataan itu, sebaliknya kita fokus kepada usaha menjayakan taawun bersama UMNO – PAS agar gandingan UMNO – PAS bersama rakan rakan parti lain menjadi lebih hebat daripada PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, kerjasama politik atau taawun yang diluluskan oleh pimpinan ulama serta ahli ahli PAS dalam muktamar PAS beberapa hari lepas adalah bukti PAS ikhlas dengan UMNO.

“Apa yang lebih penting, kita mesti ‘move forward‘ bagi merealisasikan kerjasama dua parti terbesar Melayu Islam terkuat dalam sejarah politik negara ini.

“Jika Dr. Mahathir masih mahu mengungkit kisah silam, lebih baik lihat dirinya sendiri. Beliau lupa bahawa beliau sendiri kini ‘menjilat ludah’nya apabila bekerjasama dengan DAP?

“DAP bukan saja dihina tetapi dikeji oleh Dr. Mahathir satu masa dahulu. Namun, kini beliau dan Lim Kit Siang boleh duduk berpeluk-pelukan? Begitu juga dengan Mohamad Sabu dan Anwar Ibrahim.”

Jelas beliau, rakyat terutama generasi muda majoritinya kini sudah mengenali Dr. Mahathir dan mereka mual dengan stail politik yang dibawa oleh Dr. Mahathir kerana ia tidak banyak membawa kebaikan kepada negara dan pemikiran rakyat.

“Masyarakat Islam dan Melayu serta kaum-kaum lain kini memberi sokongan positif kepada penyatuan ummah UMNO-PAS. Dalilnya terbukti seperti yang dizahirkan dalam peti undi yang memberi kemenangan kepada calon BN pada PRK Cameron Highland, Semenyih dan Rantau baru baru ini.

“Hakikatnya, rakyat menagih jawapan kenapakah sehingga kini Kerajaan PH tidak melaksanakan janji manifesto mereka. Kemudian pelbagai alasan akan diberikan atas kegagalan itu.

“Rakyat tidak mahu terus ditipu. Apa yang pasti Kerajaan PH dipimpin Dr. Mahathir ternyata mengamalkan politik ‘cakap tidak serupa bikin’,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong. – MediaUMNO

Tags: PASShamsul Anuar NasarahUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd