• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“SPRM Perlu Bukti Kata Itu Duit 1MDB” – Najib

oleh
23/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberi bukti yang kukuh terhadap dakwaan dana RM270 juta yang diterima 41 responden datangnya daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sebelum ini telah mempunyai bukti bahawa dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya adalah sumbangan Kerajaan Arab Saudi.

“Kita sedang menyelesaikan kes (1MDB) ini melalui peruntukan undang-undang di mana kita melalui proses di mahkamah dan biar mahkamah menentukan jawapan terhadap kes ini.

“Setakat ini prosiding menunjukkan kebanyakan dana yang disalurkan adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan daripada Putera Raja Arab Saudi.

“Jadi mereka (SPRM) tidak boleh menganggap yang kesemua duit itu datangnya dari 1MDB. Mereka perlu ada bukti yang kukuh untuk kata yang duit itu duit daripada 1MDB,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Program Santai Lepaking Bersama Malu Apa Bossku di Teluk Cempedak, hari ini.

Sinar Harian semalam melaporkan SPRM telah membuat permohonan lucut harta terhadap 41 responden di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, permohonan itu melibatkan nilai RM270 juta daripada dana 1MDB.

Beliau turut memberitahu, wang yang diterima responden itu datang daripada akaun Najib.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, SPRM sepatutnya tidak boleh menyalahkan 41 responden yang terlibat dalam dana 1MDB kerana tidak mengetahui di mana datangnya punca dana duit tersebut.

“Mereka ini tidak boleh dipersalahkan sebab mereka tiada pengetahuan duit tersebut datangnya daripada mana…macam saya kalau saya terima duit pun saya tak tahu dari mana punca duit itu datang.

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh diselesaikan dalam masa yang terdekat dan kerana itu ianya perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah,” katanya. – Sinar Harian

Tags: 1MDBNajib Tun RazakSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd