• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki Rosakkan Makanan, Minuman Di Pasar Raya

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Polis sedang memburu lelaki yang terlibat dalam satu rakaman video merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, pihak premis membuat laporan berhubung kejadian itu pada pukul 11.20 malam tadi.

Menurut beliau, polis sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Pengurus premis melihat video tular di media sosial yang berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

“Lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan premis itu kerugian RM30,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Berdasarkan rakaman video yang tular, lelaki terbabit dilihat menggoncang beberapa kek, meminum minuman berbotol dan mengalihkan produk-produk lain dari susunan asal yang berada di rak jualan kedai berkenaan.

Perlakuannya itu dirakam sendiri oleh rakannya dan dikongsikan melalui Instagram sebelum menjadi tular di media sosial sehingga menerima kecaman hebat netizen. – K! ONLINE

Tags: kedai serbanekamakananminumanpasar rayavandalisme
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KTMB Sahkan Tingkap Tren Komuter Utara Pecah Akibat Perbuatan Vandalisme

KTMB Sahkan Tingkap Tren Komuter Utara Pecah Akibat Perbuatan Vandalisme

31/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan insiden cermin tingkap tren KTM Komuter Utara pecah yang tular di...

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

Semakin Banyak Negara Gesa Rakyat Simpan Makanan, Air Minuman Hadapi Kecemasan

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Semakin banyak negara termasuk Britain, Jepun, Jerman, Sweden dan Norway menggesa rakyat masing-masing menyimpan bekalan makanan, air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd