• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jual Buku Irshad Manji, Mahkamah Lepaskan Pengurus Borders

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Tinggi Syariah hari ini melepaskan tanpa membebaskan Pengurus kedai buku Borders Malaysia, Nik Raina Nik Abdul Aziz daripada pertuduhan menjual dan mengedarkan buku bertentangan dengan ajaran Islam, kira-kira tiga tahun lalu.

Memetik maklumat daripada portal The Malaysian Insider, dalam tangisnya, Nik Raina, 38, mengucapkan penghargaan kepada Hakim Mohd Aman Mat Zain.

Yau_Su_Ping_Nik_Raina_Rosli_Dahlan2602_840_555_100

Dia turut kelihatan memeluk Ketua Pegawai Operasi Berjaya Berjaya Books Sdn Bhd yang juga jurucakap Borders, Yau Su Peng sebelum melangkah keluar dari kamar prosiding.

Menurut kronologi kes, Nik Raina ditahan setelah didapati bersalah menjual dan mempamerkan bahan bacaan yang diharamkan iaitu buku tulisan Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Liberty and Love‘.

Dalam serbuan yang dilakukan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 23 Mei 2012 itu, cawangan Borders yang diuruskan Nik Raina didapati masih menjual buku tersebut walaupun ia diharamkan pihak berkuasa kerana kandungannya melanggar syarak.

nik_raina_borders_(540x360)

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah yang bakal membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali andai disabitkan bersalah.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendapati JAWI telah bertindak tanpa mengikut undang-undang kerana serbuan tersebut dilakukan sebelum pengwartaan haram terhadap naskah karya penulis Kanada itu.

– MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Ustaz Fathul Bari – Irshad Manji Harus Dihalang

 

Tags: bukuJAWIkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

Wanita DAP Bantah Pengharaman Buku Tentang Tokoh Parti Komunis Malaya

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Wanita DAP Selangor mempersoalkan pengharaman dua buah buku berkisar tentang perjuangan tokoh Parti Komunis Malaya (PKM) yang...

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

Tiada Elemen Negatif, Sensitif Dalam Buku Tentang Shamsiah Fakeh – Aminuddin

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendakwa tiada elemen negatif dan sensitif dalam dua buah buka yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd