• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Keluar Mahkamah Selepas Kehadirannya Dipersoal

oleh
18/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari Mahkamah Tinggi di sini selepas pendakwaan mempersoalkan kewajaran beliau menghadiri perbicaraan kes suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan SRC International Sdn. Bhd., memandangkan beliau berpotensi menjadi saksi dalam kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V. Sithambaram memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa keterangan Rosmah telah diambil dan adalah lebih baik bagi dirinya untuk tidak berada di mahkamah bagi mengelak sebarang masalah pada masa depan.

“Rosmah berada di dalam mahkamah. Beliau berpotensi menjadi saksi dalam kes ini dan keterangan saksinya telah diambil.

“Kami tidak mahu sebarang masalah timbul kemudiannya. Kami tidak mahu dilihat menyukarkannya, ia hanya satu prosedur,” jelas Sithambaram.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersependapat dengan Sithambaram kerana ia merupakan soal prosedur memandangkan keterangan Rosmah telah diambil.

Tanpa menunggu keputusan hakim mengenai kehadirannya, Rosmah keluar dari mahkamah diikuti peguamnya Datuk K. Kumaraendran yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepadanya dalam perbicaraan kes Najib itu, selepas peguam ini memohon maaf.

Ini merupakan kehadiran kali pertama Rosmah pada perbicaraan suaminya yang masuk hari ke-27 hari ini.

Rosmah, yang memakai baju kurung merah memasuki mahkamah pada 9.13 pagi semasa Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Tan Sri Ismee Ismail, 54.

Isteri bekas perdana menteri itu kemudiannya duduk di barisan hadapan galeri awam, betul-betul di belakang suaminya yang berada di dalam kandang tertuduh.

Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pencah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Tags: Najib Tun RazakRosmah MansorSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd