• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Batek Disahkan Hidap Demam Campak

oleh
17/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 37 daripada 112 pesakit Orang Asli Suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang yang diselubungi penyakit misteri, disahkan menghidap wabak measles (demam campak).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia berdasarkan ujian makmal yang dijalan ke atas seramai 170 daripada 185 (92 peratus) penduduk Kampung Kuala Koh yang telah ditemui dan diperiksa status kesihatan mereka.

“Sebanyak 37 kes telah disahkan measles melalui ujian makmal. Keputusan ujian-ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, melioidosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.

“Berdasarkan daripada keputusan makmal tersebut, penyakit yang berlaku dalam kalangan Orang Asli Kampung Kuala Koh ini ialah wabak measles (demam campak),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan petugas perubatan haji 2019 di sini hari ini.

Dr. Dzulkefly berkata, faktor penyumbang kepada penularan jangkitan measles dalam komuniti Orang Asli Kampung Kuala Koh adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua.

Beliau berkata, pasukan kesihatan sukar untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh kerana cara hidup suku kaum itu yang kerap berpindah randah.

“Kekurangan zat makanan juga menyumbang kepada risiko jangkitan dan kejadian komplikasi,” jelasnya.

Menurut beliau, sejumlah 14 kematian telah dilaporkan berlaku, namun hanya dua kes terakhir telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Kematian terbaharu, seorang budak lelaki berusia dua tahun enam bulan yang turut mengalami kekurangan zat makanan dengan berat terakhir tujuh kilogram, kata beliau.

“Hasil bedah siasat yang pertama, punca kematian dilaporkan sebagai pneumonia (radang paru-paru).

“Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan dibantu oleh Pasukan Perubatan Forensik KKM telah berjaya mengeluarkan kesemua 12 mayat dari Kuala Koh sehingga jam 6.40 petang semalam dan telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kematian,“ katanya.

Dr. Dzulkefly berkata, gejala penyakit measles adalah demam dengan batuk, selesema atau mata merah (konjunktivitis), diikuti dengan ruam selepas beberapa hari.

“Komplikasi jangkitan measles berlaku terutama kepada bayi, kanak-kanak, serta individu yang mengalami kekurangan zat makanan dan tahap imuniti yang rendah. Komplikasi measles termasuk pneumonia, cirit-birit, keradangan otak (encephalitis), otitis media dan kematian,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tags: demam campakDzulkefly AhmadKuala kohOrang asli batek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus

30/04/2022
0

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa penyakit demam campak meningkat 80 peratus di seluruh dunia...

Loke, Saifuddin, Dzulkefly Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat

21/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga nama mewakili gabungan itu dalam Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan darurat kepada kerajaan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd