• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Singapura Putus Kepala Motosikal Rempuh Van

oleh
17/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Seorang lelaki warga Singapura maut dalam keadaan kepala terputus selepas motosikal berkuasa tinggi jenis BMW yang ditunggangnya melanggar sebuah van di Kilometer 6.6, Jalan Gelang Patah-Ulu Choh di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Liaw Ziang E, 43, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak di tengah jalan laluan terbabit.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Ge­lang Patah menuju ke Ulu Choh, manakala van jenis Toyota Hiace itu dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu van warga tempatan telah membelok ke simpang kanan jalan menyebabkan ­ma­ngsa yang datang dari arah hadapan tidak sempat membrek sehingga merempuh ken­deraan terbabit.

“Akibat rempuhan itu, kepala mangsa terputus dan tercampak di atas jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dzulkhairi berkata, pemandu van bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat dan polis turut menahan pemandu van untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: kemalangan mautmotosikalputus kepalawarga singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd