• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lucah: Wan Azizah Simpati Keluarga Azmin

oleh
16/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan kontroversi video lucah.

Katanya, beliau menolak sebarang amalan ‘gutter politics’ (politik kotor) kerana beliau telah melalui pengalaman tersebut.

“Saya menolak ‘gutter politics’ ini sebab saya dah laluinya (dan) saya bersimpati dengan keluarga Azmin,” katanya ketika mengulas pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lelaki dalam video seks membabitkan menteri berkenaan.

Beliau menegaskan, politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sebalik semua pihak perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara.

“Kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai semua kerana kita nak bangunkan negara kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran suaminya, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, malam ini.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai kononnya video berkenaan dicipta olehnya dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertujuan untuk memecah belahkan parti, Presiden PKR itu berkata ia merupakan satu fitnah.

“Apa alasan untuk kita buat ? Ada yang kata sebab ancaman, ancaman apa?” katanya.

Tags: Anwar IbrahimPKRvideo lucahWan Azizah Wan Ismail
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd