• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Agong Datang Memasak Di Rumah Rizalman

oleh
14/06/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim terharu apabila Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak di kediamannya semalam.

Rizalman melalui laman sosial Instagramnya memaklumkan Tuanku Azizah telah memasak lima jenis lauk dalam masa sejam setengah sahaja.

“Lima jenis lauk itu adalah gulai nenas udang, asam pedas ayam daun kesom, pindang serani ikan jenahak, ikan bilis masak kicap dan sayur buncis udang kering,” jelas beliau melalui live Instagram sebentar tadi.

Semalam melalui Instastory pula, Rizalman turut menyiarkan bagaimana baginda memasak di dapurnya dengan cara sendiri.

“Saya benar-benar terharu dengan keberangkatan baginda yang tidak lokek di dapur termasuk membuka plastik dengan gigi,” cerita Rizalman lagi.

Katanya, Tuanku Azizah turut memberi tips masakan dan membaw sendiri beberapa bahan memasak termasuk asam jawa yang hanya terdapat di negara Filipina.

“Rasa asam jawa itu memang sedap sebab itulah masakan baginda lain dari yang lain, sudah tentu saya sendiri akan mencarinya nanti.”

Rizalman memberitahu, kehadiran Tuanku Azizah di kediamannya dirasakan bagai sebuah mimpi menjadi kenyataan.

Katanya, beliau tidak pernah menyangka Raja Permaisuri sudi mencemar duli memasak bersama dirumahnya.

“Kenangan ini tidak akan saya lupakan kerana ia seperti satu kurniaan Ilahi.

“Saya seperti tidak percaya peristiwa indah ini berlaku, jika anda seperti tidak percaya, apatah lagi saya yang berdiri sebelah dan memasak bersama dengan Tuanku,” katanya.

Dalam pada itu, Rizalman turut berkongsi kenangan bibit perkenalan beliau dengan Tuanku Azizah sejak belasan tahun lalu.

“Pada awalnya, saya sangat ‘berkenan’ dengan keperibadian dan penampilan puteri raja ini (Tuanku Azizah) serta teringin untuk mengenali wanita ini selepas melihat wajah Tuanku pada muka hadapan sebuah majalah.

“Bagaimanapun, syukur saya akhirnya dapat bertemu dan berkenalan dengan lebih rapat dengan Tuanku Azizah tidak lama kemudian apabila baginda menempah baju dengan saya 15 tahun dahulu dan saya menjaga hubungan silaturrahim itu sehingga kini,” ujarnya.

Tambah Rizalman, mereka berdua turut berkongsi minat dan cita rasa yang sama seperti dalam bidang fesyen dan hiasan rumah.

Rizalman sepanjang Ramadan lalu, memasak satu jenis hidangan setiap hari untuk tatapan pengikut Instagramnya.

Semalam beliau menamakan ‘program memasak itu’ Pung Pang Diraja kepada pengikutnya laman sosialnya yang telah melihatnya memasak juadah berbuka puasa sejak sebulan lalu. – K! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

junjung kurnia Tuanku mencemar duli perkenan berangkat ke rumah patik dan berPungPang

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on Jun 13, 2019 at 7:49pm PDT

Tags: memasakRizalman IbrahimTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling...

Bubur Lambuk Tunku Azizah Untuk Petugas Barisan Hadapan

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd