• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perwakilan CPC Kunjung Hormat Mahathir

oleh
13/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), Li Xi di Perdana Putra di sini.

Xi yang diiringi delegasi CPC dan Mahathir berbincang mengenai hubungan dagangan antara kedua-dua negara selain memperkukuh hubungan dua hala, dalam pertemuan mereka yang berlangsung selama kira-kira setengah jam.

Xi yang juga Setiausaha Parti Komunis China bagi Jawatankuasa Wilayah Guangdong, dalam mesyuarat itu mengucapkan terima kasih kepada Mahathir bagi pihak Presiden China, Xi Jinping berhubung pendirian beliau di tengah-tengah kemelut perang perdagangan Amerika-China.

Xi turut menyatakan bahawa di bawah kepimpinan Mahathir, Malaysia akan mencapai kemajuan lebih jauh dan beliau turut menyampaikan undangan kepada Mahathir untuk melawat Guangdong.

Guangdong dengan jumlah penduduk seramai 113 juta orang, mencatat jumlah Keluaran Dalan Negeri Kasar (KDNK) sebanyak US$1.5 trilion (RM6.24 trilion) pada tahun lepas.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Duta China ke Malaysia, Bai Tian dan Naib Menteri Jabatan Antarabangsa CPC, Guo Yezhou.

Tags: CPCMahathir MohamadParti Komunis China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd