• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTP Lakar Rekod Dunia Baharu

oleh
11/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) mencatatkan rekod dunia baharu bagi pelepasan kapal dengan muatan akhir lebih 19,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU).

Kejayaan tersebut dicapai apabila kapal Monaco Maersk meninggalkan pelabuhan tersebut dengan rekod muatan 19,284 TEU, mengatasi rekod muatan 19,190 TEU dicapai oleh kapal MOL Tribune pada Februari lalu.

Pengerusi PTP, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pencapaian terbaru itu merupakan bukti komitmen PTP dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

“Sebagai pelabuhan dan pengendali logistik utama Malaysia, kami berbangga dengan keupayaan untuk menjangka dan memahami keperluan pelanggan serta ketangkasan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan industri agar kami dapat terus maju.

“Pada tahun ini, kami akan terus mengukuhkan asas kami dan mengoptimumkan kos untuk kecekapan operasi yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Che Khalib yang juga Pengarah Urusan Kumpulan MMC berkata, PTP tetap memberi tumpuan kepada soal hasil, dan komited mengembalikan lebih banyak nilai kepada pemegang taruhnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen berkata, kejayaan tersebut dicapai berikutan semangat dan komitmen warga PTP dan semua pihak yang terlibat.

“Pelbagai aktiviti pelaburan dan penambahbaikan yang berterusan telah berjaya dilaksanakan, dan kini sedang dijalankan untuk memastikan kami dapat mencapai sasaran untuk tahun kewangan ini.

“Lebih penting adalah untuk melindungi kedudukan PTP antara hab pemindahan kargo antara kapal terunggul di dunia,” katanya.

PTP mencatatkan kadar keseluruhan muatan barangan sebanyak 9 juta TEU pada 2018 dan diunjurkan akan mengendalikan kadar muatan keseluruhan yang disasarkan sebanyak 9.5 juta TEU pada tahun ini.

Tags: Pelabuhan Tanjung PelepasPTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Rampas 300 Kg Dadah Bernilai RM18 Juta Di PTP

11/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan dua lelaki tempatan dan merampas 300kg dadah bernilai RM18 juta dalam operasi...

Wan Azizah, PH Dapat Malu Radar Tentera Tak Hilang

29/06/2017
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan yang dihebahkan secara meluas oleh media-media propembangkang kononnya sebuah kontena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd