• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Punca Jangkitan Masih Belum Dapat Dipastikan

oleh
11/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Punca sebenar yang menyebabkan orang asli daripada suku kaum Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan yang didakwa telah meninggal dunia sejak Mei hingga minggu lepas belum dapat dipastikan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga hari ini, punca jangkitan masih belum dapat dipastikan.

Menurutnya, bagaimanapun keputusan ujian TB & Leptospirosis adalah negatif.

“Saya yakin jawapan kepada persoalan ini dapat diselesaikan segera. Syabas kepada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gua Musang dan Program Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan atas usaha dan komitmen anda semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, beliau bersyukur kerana telah dapat menziarah pesakit-pesakit Orang Asli di Hospital Gua Musang, di mana beliau bersama Senator Waytha Moorthy telah diberikan taklimat oleh pihak JKN Kelantan dan PKD Gua Musang.

Dalam pada itu, Dzulkefly juga sempat menyantuni Orang Asli kaum Batek di kawasan perpindahan ketiga, 2KM dari penempatan asal mereka di Kampung Orang Asli Kuala Koh.

“Sangat insaf melihat keadaan hidup penduduk orang asli di situ tanpa sumber air dan elektrik, hasil maklumat daripada Tok Batin, Raina Anjang.

“Saya telah dimaklumkan bahawa perkara ini telah diambil perhatian oleh Mesyuarat Jawatankuasa Antara Agensi hari ini dan tindakan susulan akan diambil,” katanya.

Tags: Dzulkefly Ahmadjangkitan kumanOrang asli batek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke, Saifuddin, Dzulkefly Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat

21/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) mengemukakan tiga nama mewakili gabungan itu dalam Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan darurat kepada kerajaan,...

Kadar Pesakit Sembuh Koronavirus Seluruh Dunia Lebih Tinggi

11/02/2020
0

PUTRAJAYA - Bilangan keseluruhan pesakit yang sembuh daripada jangkitan koronavirus lebih tinggi berbanding jumlah kematian direkodkan di peringkat global. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd