• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lemas Di Kunci Air

oleh
10/06/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Hasrat enam beranak untuk kembali ke ibu kota malam tadi terpaksa ditangguhkan apabila anak ketiga keluarga itu lemas selepas terjatuh dalam kunci air di Kampung Takel Luar di sini, pada Ahad.

Menurut ibu mangsa, Wan Nor Azlina Wan Kamaruzzaman, 38, ketika kejadian dia keluar ke pasar bagi membeli barang-barang untuk dibawa pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor.

Katanya, Muhammad Alif Zakwan Mohd Zakiman, 9 tahun keluar bersama kakaknya, Nur Alia Natasya, 15 serta dua sepupu lelaki ke kawasan kunci air sebelum terjatuh dan dibawa arus.

Tambahnya, sebaik sampai di rumah, dia dimaklumkan tentang kejadian tersebut sebelum bergegas ke tempat kejadian yang terletak berdekatan rumah keluarga mertuanya.

“Suami dan keluarga serta penduduk kampung berusaha mencari Muhammad Alif Zakwan dan segera membawanya ke hospital selepas ditemui.

“Bagaimanapun pihak hospital mengesahkan dia telah meninggal dunia. Tak sangka dia pergi dulu meninggalkan saya dan keluarga malah langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan. Dia hanya meminta duit sebanyak RM2 sebelum saya keluar untuk membeli di kedai berdekatan rumah,” katanya yang kehilangan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.33 petang sebelum enam anggota yang diketuai ketua operasi, Zulkifli Hamid bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di kawasan kunci air tersebut, pihaknya dimaklumkan penduduk bahawa mangsa telah diselamatkan oleh orang ramai dan dibawa ke Hospital Machang.

“Sebaik tiba di hospital, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi. – Sinar Harian

Tags: kanak-kanakKunci Airmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd