• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Mahu Gantung Raket

oleh
07/06/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 19 tahun mengabdikan diri sebagai pemain badminton, jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei dijangka mengumumkan persaraannya, minggu depan.

Menurut sumber, keputusan pemain berusia 37 tahun itu adalah atas nasihat daripada doktor yang merawatnya agar tidak lagi dibebani dengan tekanan bagi mencegah kanser hidung yang dihidapinya sebelum ini kembali menyerangnya.

“Chong Wei sudah buat keputusan untuk tidak lagi bermain, tetapi dia mahu bertemu dengan BAM dan jurulatihnya terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman.

“Mengikut laporan doktor, dia sudah bebas sepenuhnya daripada kanser hidung tetapi dia tidak boleh mengalami tekanan yang boleh menjadi salah satu faktor penyakit itu kembali,” kata sumber kepada BH Sukan.

Chong Wei sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak dia mengambil cuti pada hujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.

Sebelum itu, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu selepas disahkan bebas daripada kanser hidung yang dihidapinya.

Sementara itu, Chong Wei ketika dihubungi BH Sukan mengakui sudah membuat keputusan mengenai masa depannya dan akan memaklumkan mengenai perancangannya kepada BAM dan barisan kejurulatihan skuad negara.

“Selepas Hari Raya saya akan bertemu dengan Presiden BAM (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) dan jurulatih bagi memaklumkan kepada mereka mengenai perancangan saya.

“Selepas itu terserah kepada BAM untuk mengadakan sidang media bagi mengumumkannya.

“Buat masa sekarang, saya tidak boleh umumkan lagi kerana saya perlu menghormati BAM dan jurulatih saya,” kata Chong Wei yang kali terakhir merangkul kejuaraan pada saingan Terbuka Malaysia 2018 yang menjadi gelaran ke-12 dalam kerjayanya. – BH Online

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd