• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Sudah Jadi Dengan SPRM?

oleh AK-47
04/06/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

1. Perlantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dianggap agak janggal di mana beliau merupakan seorang ahli politik Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat, PKR. Persoalaannya sekarang, bagaimanakah SPRM akan dilihat sebagai sebuah badan bebas dan adil jika ketuanya merupakan seorang ahli politik?

2. Adakah pegawai-pegawai SPRM sedia ada tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya baru? Dewan Pemuda IKATAN Malaysia berpendapat bahawa ramai lagi pegawai yang berkelayakan, yang sudah bekerja dari bawah sewaktu Badan Pencegah Rasuah ditubuhkan, hinggalah ditukar kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, SPRM. Antara tokoh yang dianggap berkelayakan ialah Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, yang terbukti telah bekerja untuk negara selama lebih 20 tahun.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia amat terkejut bahawa perlantikan Latheefa Koya telah berkuatkuasa mulai 1 Jun 2019, berdasarkan kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri bertarikh 4 Jun 2019. Perlantikan ini dilihat amat terburu-buru kerana tempoh Pesuruhjaya Datuk Seri Mohd Shukri dipendekkan. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia menggesa kerajaan mematuhi janji manifesto yang ingin membawa pembaharuan kepada sistem negara di mana perlantikan Pesuruhjaya SPRM haruslah dibawa ke Parlimen, bukannya melantik seorang ahli politik. Ini merupakan langkah ke belakang, di mana keadaan sebegini tidak berlaku di zaman pentadbiran Najib Razak.

Demi Bangsa Malaysia!

Shahir Adnan
Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia

Tags: Latheefa KoyaParti IKATAN Bangsa MalaysiaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd