• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Agihan Zakat, Iftar Di Kuil, Ini Penjelasan Mufti Pahang

oleh
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tidak perlu bertoleransi hingga membelakangkan hukum syarak, demikian kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung isu agama yang dilihat seolah-olah dipersenda dan dipolitikkan oleh segelintir pemimpin.

Sebelum ini, warganet kecoh memperdebat isu agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam dan dihangatkan lagi dengan majlis berbuka puasa di kuil.

Abdul Rahman berkata, ada perkara yang boleh bertoleransi tetapi tidak sewajarnya membabitkan isu agama sehingga menyebabkan Islam dipandang serong.

Menurutnya, agihan zakat oleh pemimpin bukan Islam menyalahi hukum syarak, malah berbuka puasa di rumah ibadat agama lain juga haram.

“Zakat ini sebahagian daripada rukun Islam dan disyariatkan oleh ALLAH SWT.

“Menjadi kesalahan jika sebarangan orang mengambil alih tugas itu, apatah lagi jika orang bukan Islam.

“Zakat ini berada di bawah majlis zakat dan di bawah Tuanku Sultan serta hanya yang diperkenan serta Amil dilantik sahaja boleh melakukan agihan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut berkata, berbuka puasa di kuil tidak sepatutnya berlaku kerana bercanggah dengan amalan Islam.

“Sepatutnya kita ajak orang bukan Islam berbuka di masjid dan selepas itu macam mana solat berjemaah dilaksanakan.

“Bukan berbuka tetapi solat berjemaah selepas berbuka jadi keutamaan tetapi jika di kuil macam mana nak laksanakannya.

“Kita kena ajak mereka untuk melihat keindahan Islam dan bukannya bertoleransi sehingga membelakangkan agama.

“Ada perkara dan hadnya dalam toleransi,” katanya.

Jelasnya, pihaknya memandang serius isu berkenaan dan berharap kes sedemikian tidak berlaku di Pahang.

“Menjadi perkara pelik apabila kes sebegini berlaku.

“Kita tidak boleh menyama ratakan semua perkara dalam Islam,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Rahman Osmanbukan IslamIftarkuilZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd