• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Dakwa Guan Eng Tipu Keadaan Sebenar Hutang Negara

oleh
03/06/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS menteri kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendakwa penggantinya, Lim Guan Eng menipu mengenai keadaan sebenar hutang negara.

Beliau mendakwa Guan Eng bermain dengan statistik untuk memberi gambaran positif kewangan negara.

“Semalam dia kata hutang dan liabiliti negara naik daripada RM1 trilion menjadi RM1.1 trilion.

“Apabila dikecam Rakyat, hari ini dia kata pula nisbah hutang kepada KDNK (keluaran dalam negara kasar) sebenarnya turun 3.9%,” tulisnya di Facebook hari ini.

Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, hutang dan liabiliti kerajaan persekutuan berkurangan kepada 75.4% berbanding KDNK pada 2018 daripada 79.3% pada 2017 hasil rasionalisasi kos projek mega dan pembayaran projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

Katanya, hutang langsung kerajaan meningkat secara keseluruhan, tetapi hutang dan liabiliti kerajaan turun 3.9 mata peratusan.

Bagaimanapun, Najib berkata, Guan Eng bermain dengan angka dengan mencampurkan hutang langsung, jaminan kerajaan, pembayaran pajakan dan pembayaran projek PPP.

Bekas perdana menteri itu berkata, kerajaan di seluruh dunia hanya menggunakan hutang langsung untuk mengira hutang negara.

“Hari ini, Guan Eng mengesahkan jumlah dan nisbah hutang langsung naik. Dia tambah lagi jumlah dan nisbah jaminan kerajaan juga naik.

“Tapi dia kata pembayaran pajakan (PPP) telah turun dengan banyak – iaitu penurunan 6.8%. Dan penurunan PPP ini yang menyebabkan hutang campur liabiliti kerajaan turun 3.9%.

“Dia kata penurunan ini adalah akibat penurunan kos projek-projek mega seperti LRT3 (Transit Aliran Ringan 3), MRT2 (Transit Aliran Massa 2) dan ECRL (Laluan Kereta Api Pantai Timur).

“Ini adalah satu penipuan besar kerana kos-kos projek ini tidak dimasukkan dalam komponen PPP, tetapi diambil kira dalam komponen jaminan kerajaan. Lagipun, kebanyakan jaminan ini belum dibuat lagi kerana projek-projek ini masih berjalan.”

Najib mempersoalkan Guan Eng bagaimana beliau boleh mendakwa PPP mengalami penurunan dan menyatakan PPP termasuk pembayaran pajakan serta sewa kerajaan sehingga 2045.

“Apabila dia cakap PPP ini sudah turun dengan banyak, dia tak berani mengatakan secara spesifik bayaran PPP untuk projek atau sewa yang mana telah menurun.”

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan pada awal bulan lalu tiba-tiba melaksanakan pengasasan semula KDNK negara dari tahun asas 2010 kepada 2015.

Katanya, apabila pengasasan semula dibuat, “kita sebenarnya main angka dan statistik yang boleh memberi gambaran serta angka berbeza berdasarkan data diumumkan sebelum ini.

“Maka, nilai KDNK dalam harga malar untuk 2018 juga tiba-tiba naik daripada RM1.23 trilion yang diumumkan mereka pada Mac kepada RM1.36 trilion selepas pengasasan semula.

“Oleh kerana data untuk nilai KDNK ini tiba-tiba meningkat, maka nisbah hutang kepada KDNK turut turun.

“Realitinya ialah jumlah nilai dan nisah hutang langsung serta jaminan hutang kerajaan sudah meningkat dengan amat tinggi di bawah kerajaan PH. Itu fakta.” – FMT

Tags: hutang negaraLim Guan EngNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

Program Jualan Besar-Besaran Daging Babi Diteruskan, Aktiviti Yang Sah – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan program jualan daging babi secara besar-besaran akan diteruskan walaupun terdapat bantahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd