• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 250 Pelayang Sertai Festival Layang-Layang Pasir Gudang

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kira-kira 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang ke-20 selama lima hari bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Md Za’nal Misran berkata peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia turut menyertai festival yang bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’.

Beliau berkata dijangka 150,000 pengunjung daripada dalam dan luar negara akan mengunjungi festival.

Mengenai tema yang dipilih kali ini, Md Za’nal berkata ia tepat dengan mesej festival yang mahu menjadi jambatan perhubungan dan persahabatan terutama dalam kalangan pelayang.

Festival dijangka dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dan ia dijangka menjadi tarikan utama sempena Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015).

Sementara itu ketua kontinjen dari Kelantan, Tan Cheng Hui berkata rakyat perlu bekerjasama dalam memupuk semangat cintakan permainan tradisi seperti permainan layang-layang kepada generasi muda supaya permainan tradisi tidak pupus.

“Saya mula berminat membuat wau bulan sejak usia muda kerana pengaruh dari ayah saya yang turut menggemari wau bulan,” katanya yang mahir membuat wau sejak berumur 10 tahun.

Seorang pelajar wanita Foo Shiaw Sir, 17, berkata dia mula meminati wau sejak dua tahun lepas dan menjadikannya sebagai hobi.

“Wau melambangkan tradisi Malaysia yang sesuai bagi semua kaum dan mudah dikendalikan” kata pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Chee, Mersing ini. – BERNAMA

Tags: Festival
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Festival Filem Animasi Dunia Ke-5 Di Jepun

30/10/2018
0

EDISI kelima ‘New Chitose Airport International Animation Film Festival 2018’ dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 November ini di bangunan...

Island Music Fesival 2018 Tidak Dibenar Di Terengganu

03/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu tidak pernah mengeluarkan permit penganjuran Island Music Festival 2018 meskipun tular di media sosial yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd