• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADMM Tumpu Usaha Hadapi Ancaman Antarabangsa

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang bakal diadakan di Langkawi pada 15 Mac depan, akan memberi tumpuan kepada kepentingan hubungan antara negara-negara ASEAN dalam isu keselamatan dan kedaulatan di rantau ini yang berkaitan dengan ancaman antarabangsa.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata antara yang akan dibincangkan ialah ancaman daripada kumpulan militan IS yang memberi kesan kepada negara-negara ASEAN.

“Isu mewujudkan Angkatan Pengaman dalam kalangan negara-negara ASEAN akan dibangkitkan.

“Kita ingin mencadangkan kepada negara anggota ASEAN agar kerjasama dalam kalangan anggota tentera juga melibatkan kerja-kerja berkaitan dengan Angkatan Pengaman di negara luar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Korea Selatan ke Malaysia, Cho Byungjae dan Panglima Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) Laksamana Pertama Datuk Seri Pahlawan Abdul Aziz Mohd Tamit di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Selain isu keselamatan, Rahim berkata ADMM akan mewujudkan persefahaman dalam kalangan tentera dari negara ASEAN dengan mengadakan latihan bersama dan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam menangani isu berkaitan Bantuan Bencana Kemanusiaan (HDR).

“Seperti yang kita tahu, ASEAN tidak sunyi daripada beberapa kejadian bencana dan tragedi yang melibatkan banyak kerosakan dan kematian.

“Kerjasama dari 10 negara anggota ASEAN akan membantu antara satu sama lain untuk menyelaraskan kerja-kerja HDR antara negara-negara anggota ASEAN,” katanya.

Mengulas pertemuan dengan Cho dan Abdul Aziz Mohd Tamit, Abdul Rahim berkata kunjungan kedua-dua delegasi itu adalah bagi merapatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Korea Selatan dan Brunei.

“Seperti yang diketahui Brunei merupakan anggota ASEAN dan Korea Selatan merupakan rakan dialog ASEAN. Oleh itu tumpuan diberi kepada usaha meningkatkan kerjasama selaras dengan program ADMM di Langkawi,” katanya. – BERNAMA

Tags: keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

Surat Terbuka Penduduk Paya Besar Kepada Ahli Parlimen

15/04/2026
0

KUANTAN - Penduduk Paya Besar menggesa pihak berwajib menangani isu kemalangan yang kerap berlaku di laluan susur keluar Jalan Kg...

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd