• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sahkan Bantuan Aidilfitri RM300 Peneroka Felda

oleh
31/05/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan sejumlah 112,635 peneroka di bawah skim Felda akan menerima bantuan Aidilfitri sebanyak RM300 setiap seorang.

Berita baik buat peneroka Felda itu diumumkan Dr. Mahathir dalam satu sidang media khas bersama wartawan Malaysia bagi merumuskan lawatan kerja beliau selama tiga hari ke Jepun yang berakhir hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, Dr. Mahathir berkata, bantuan itu yang keseluruhannya berjumlah RM34 juta, telah dimuktamadkan memandangkan masalah kewangan yang dihadapi peneroka Felda ketika ini, ekoran tempoh yang lama diperlukan untuk pokok kelapa sawit menghasilkan buah.

“Ya, kami akan memberi (bantuan) kepada mereka. Kerajaan akan membelanjakan RM30 juta, tetapi memandangkan mereka sedang menghadapi masalah, maka kami sanggup berbuat demikian.

“Tetapi golongan peneroka haruslah ‘deliver’. Jangan mengambil buah yang mereka tidak tanam,” katanya lagi.

Semalam tular sepucuk surat rasmi kerajaan, ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Yatimah Sarjiman dan ditujukan kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dr. Othman Omar bertarikh 30 Mei, yang menyatakan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei lepas memutuskan bantuan berkenaan.

Pada masa sama, surat itu menyebut, Felda juga dipohon membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PH) kepada peneroka terlibat.

Menurut surat itu, Felda diminta membuat pembayaran secepat mungkin sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Dr. Mahathir juga mengingatkan peneroka Felda agar tidak menjual hasil kepada peraih lain yang tidak diiktiraf semata-mata demi mengaut keuntungan lebih.

“Kerajaan memberi bantuan dan sebenarnya ia berbentuk pinjaman. Akhirnya, apabila pokok itu menghasilkan buah, kita mengharapkan ia akan dihantar ke kilang yang sesuai, tetapi mereka menghantarnya ke kilang lain dan mengambil duit. Itu adalah salah,” katanya lagi.

Tags: Bantuan Khas AidilfitriDuit RayaMahathir MohamadPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Duit Raya RM500

01/04/2024
1

Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred...

Selepas Hartawan Singapura, Lebih Ramai Lagi Individu Akan Dipanggil SPRM

Cuepacs Gesa Kerajaan Beri Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam

15/03/2024
0

IPOH - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengulangi gesaan supaya kerajaan Persekutuan memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd