PENGANJUR Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS mengumumkan kalendar bagi musim 2015 yang menyaksikan 10 venue bakal menjadi hos perlumbaan dengan dua perlumbaan akhir akan berlangsung pada hari Sabtu sambil Taiping, Perak kini kembali ke dalam kalendar perlumbaan.
Memasuki musim ke-22, kejuaraan akan membuka tirai di Temerloh, Pahang pada 15 Mac diikuti Batu Kawan, Pulau Pinang (12 April) diikuti Muar, Johor (2 Mei), Kuala Terengganu, Terengganu (23 Mei) dan Melaka (14 Jun).
Kejuaraan akan berhenti rehat menjelang Ramadan dan sambutan Hari Raya Puasa sebelum separuh musim kedua akan bersambung pada 16 Ogos di venue yang masih belum ditetapkan. Teluk Intan, Perak akan menjadi hos bagi pusingan ketujuh pada 20 September diikuti Kangar, Perlis (18 Oktober) dan Jempol, Negeri Sembilan (1 November).
Musim 2015 menyaksikan Taiping, Perak kembali ke kalendar kejuaraan sejak kali terakhirpada tahun 2008 dengan menjadi venue bagi pusingan terakhir yang dijadualkan berlangsung pada 29 November.
Kalendar Kejuaraan Cub Prix AAM Malayia PETRONAS 2015
Pusingan 1 Mac 14-15, Temerloh, Pahang
Pusingan 2 April 11-12, Batu Kawan, Pulau Pinang
Pusingan 3 Mei 1-2, Muar, Johor*
Pusingan 4 Mei 22-23, Kuala Terengganu, Terengganu *
Pusingan 5 Jun 13-14, Melaka
Pusingan 6 Ogos 15-16, TBC**
Pusingan 7 September 19-20, Teluk Intan, Perak
Pusingan 8 Oktober 17-18, Kangar, Perlis
Pusingan 9 Oktober 31 – November 1, Jempol, Negeri Sembilan
Pusingan 10 November 28-29, Taiping, Perak
*Perlumbaan hari Sabtu
**Venue belum ditetapkan